Search This Blog

Thursday 24 January 2013

Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

Categories:
Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan sebatian lembut seakan lemak ini, kolesterol, dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesterol disyorkan seperti di bawah:

Panduan Gaya Hidup Rendah-Kolesterol
Sudahkan tahap kolesterol anda diperiksa? sekerap yang disyorkan doktor? Dengan membuat pemeriksaan secara kerap, anda dapat tahu tahap sihat kolesterol anda. Anda boleh mengawal kolesterol dengan mengubah cara makan, dan menurut langkah pencegahan seperti disarankan dalam artikel ini. Dengan berbuat seperti disyorkan, anda dapat mengelakkan diri dari risiko sakit jantung dan pelbagai penyakit lain berpunca dari kolesterol.

1. Pemeriksaan Tahap Kolesterol
Pemeriksaan darah yang ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana hospital dan klinik, langkat paling bijak dalam mengetahu tahap kolesterol anda.

2. Mengubah Pemakanan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol.

3. Senaman Dan Latihan Fizikal
Bantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, boleh membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan keinginan untuk merokok.

Adakah Anda Mengamalkan Gaya Hidup Tinggi Kolesterol?
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

1. Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan cheese
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

2. Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

3. Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok

Memahami Kolesterol
Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

Dimana Asalnya Kolesterol
Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

Jenis-Jenis Kolesterol
Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

1. VLDL
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

2. LDL
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

3. HDL
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

Bagaimana Kolesterol Berfungsi
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.

2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!) untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.

3. Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap (oh! saya tersekat, tolong!) pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.

4. HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.

5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

Lakukan Pemeriksaan Kolesterol
Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

1. Ujian Kolesterol
Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.



2. Bilangan Kolesterol
Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.



3. Maksud Bilangan Kolesterol
Gunakan maksud di bawah untuk membaca keputusan ujian kolesterol anda.

Stress (Tekanan): Terkawal Mahupun Memudaratkan

Categories:
Hidup moden penuh dengan kesibukan, tarikh akhir, kekecewaan dan kehendak sekeliling. Bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup. Dalam keadaan stress yang sederhana dan terkawal, stress boleh menjadi pemangkin, memberi upaya untuk seseorang untuk melakukan yang terbaik dan berjaya. Namun jika kita secara kerap berada dalam keadaan tertekan, badan mungkin terpaksa membayar padahnya.

‘‘Kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri,” (Utusan Malaysia, Januari 2011)

1. Memahami Stress (Tekanan)
Stress adalah keadaan normal badan dalam menghadapi bahaya ataupun terasa dikecam. Apabila anda berada dalam keadaan bahaya, badan biasanya akan memberi tidakbalas tersendiri. Dalam keadaan terkawal, adrenalin ditambah menyebabkan badan dan fungsi otak menjadi bertenaga. Mampu mengerah dengan menutup sebahagian fungsi dan memberi tumpuan kepada kepekaan (fokus), tahap berfikir dan tindakbalas sekali ganda berbanding normal bagi membolehkan seseorang terus hidup (contoh: ketika menghindari kemalangan).

Tindakbalas stress juga membolehkan kita bangun menghadapi cabaran. Contohnya tumpuan terhadap kecemerlangan dalam memberi penerangan (presentation), pelajar menjadi fokus dalam mengulangkaji ketika hampir hari peperiksaan daripada biasanya dihabiskan untuk menonton tv dan lain-lain.

Namun, melebihi dari tahap tertentu, stress boleh mendatangkan mudarat. Stress tidak terkawal sebegini (walaupun seseorang itu nampak tenang) namun berupaya memulakan kerosakan terhadap kesihatan, mood, produktiviti dan hubungan kita dengan seseorang, juga kualiti hidup.

2. Badan Tidak Mengenal Punca Stress
Keburukan stress adalah keseluruhan sistem tindakbalas badan tidak mampu mengenali samada stress yang dihadapi adalah dalam bentuk a. fizikal mahupun b. psikologi. Tekanan berjam-jam dalam kesesakan jalanraya, pekerjaan dan sebagainya mengarahkan badan memberi tindakbalas yang sama seperti anda dalam situasi hidup/mati. Jika anda sentiasa serius dan risau, tidak mustahil badan anda sentiasa 'on' terhadap stress. Lebih kerap badan anda diaktifkan bagi memberi tindakbalas terhadap stress, lagi sukar keadaan badan untuk 'off' dan ini memudaratkan.

3. Perubahan Keadaan Badan Semasa Stress
- Degupan jantung dan tekanan darah lebih tinggi meningkatkan pengaliran darah ke otak; meningkatkan tahap rasional berfikir,
- Gula dalam darah meningkat (untuk penguraian glukosa, lemak dan protein sedia-ada) memberi lebih tenaga kepada badan
- Darah dipesongkan dari mengalir ke perut ke arah otot di tangan dan kaki membolehkan anda berlari lebih laju dalam menyelamatkan diri.

4. Penyakit Akibat Stress
Pendedahan berpanjangan terhadap stress boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan berbangkit. Stress yang kronik mengacau hampir setiap sistem dalam badan. Stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kelemahan sistem imunisasi badan, mandul dan penuaan (aging). Stress yang tidak kenal penyudahnya boleh menyebabkan kegagalan sistem otak, menyebabkan kita berterusan beremosi, menjadi gila, kerosakan minor/major terhadap fizial (dalaman/luaran) akibat sistem badan tidak diregulasi secara normal.

5. Gejala Penyakit Akibat Stress
Sakit kepala (migrain) - akibat peningkatan mendadak pengaliran darah
Kejang otot - akibat saraf simpathetic yang tinggi
Sakit sekitar mulut - tekanan berlebihan keatas gusi
Jarang bermimpi ketika tidur - tidur tidak nyenyak
Gusi berdarah - hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya menyenangkan jangkitan bakteria di mulut
Jerawat - hormon tidak seimbang
Mengidam makanan manis - bukan sebab estrogen, tetapi kerana logik stress semata-mata
Kegatalan kulit - pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
Alergic berlebihan - imunoglobulin E (IgE) dirembeskan dalam darah memberi sensasi alergic
Sakit perut tiba-tiba - teori saraf di otak yang stress menyebarkan tidakbalas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal.

6. Berapa Banyak Stess Yang 'Terlebih'?
Bergantung kepada individu. Jadi adalah penting untuk kita memahami badan dan mengenalpasti had diri sendiri terhadap stress. Seseorang mampu menerima banyak kali tumbukan berbanding orang lain, dan seseorang mampu menghadapi tekanan hidup lebih tinggi berbanding orang lain.

'Steve (Paul) Jobs pernah mengatakan dalam satu wawancara jika beliau betul-betul boleh bercuti, beliau mahu bercuti sepenuhnya di tengah-tengah bandar New York'.

Keupayaan kita bagi menghadapi stress bergantung terhadap pelbagai faktor: kualiti hubungan, pandangan terhadap kehidupan (world view), kebijaksanaan emosi, pengetahuan dan genetik.


7. Adakah Anda Mengawal Stress, atau Stress Mengawal Anda?
- Jika diancam, adakah anda mampu bertenang?
- Bolehkan anda berinteraksi bersama rakan dan seterusnya mengurangkan marah?
- Apabila balik rumah setiap malam, adakah anda rasa marah mahupun tenang?
- Adakah anda emosional?
- Bolehkan anda mengesan stress yang dihadapi orang sekeliling?
- Jika rasa lesu, bolehkah anda menjadikan badan kembali bertenaga?

8. Stress Dan Anda
- Sesetengah orang gembira berucap manakala orang lain risau
- Seseorang mampu memberi kerja terbaik dekat tarikh akhir manakala sesetengahnya teruk
- Ada orang cenderung membantu ahli keluarga yang menghadapi kesusahan manakala ada orang yang menganggapnya sebagai bebanan.
- Adakalanya perubahan dihadapi memberi peluang kepada si A manakala si B menganggapnya sebagai ancaman.

9. Tips Mengurangkan Stress
A. Diet/Pemakanan
- Vitamin C dan magnesium: membantu otak merembeskan seratonin, hormon yang mengawal perasaan (mood).
- Zink dan vitamin B-kompleks: melawan radikal bebas, toksin dalam udara dan produk sampingan semasa pencernaan di perut.
- Sayuran, buah-buahan dan kekacang: mengandungi mineral dan vitamin bagus untuk menghilangkan stress.
B. Perbuatan/Sikap
- Rehat seminit dua: Terima stress sebagai lumrah hidup dan stress dihadapi kali ini akan pergi/diselesaikan juga sama seperti kerja-kerja lain.
C. Urutan/Meditasi
- Akupuntur sendiri: Berikan tekanan kecil menggunakan ibu jari di bahagian dada atas (dibawah tulang rusuk pertama) selama seminit.
- Meditasi ringkas/yoga: 10-25 minit untuk refleksi menyenangkan.
- Bernafas dalam-dalam: 5 minit.
D. Luangkan sedikit masa melakukan perkara disukai diri sendiri
Petua: Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

Categories: Curative
Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang

Thursday 8 March 2012






APA YANG ANDA RASA APABILA LIHAT GAMBAR NI...TIDAKKAH GAMBAR INI MELAMPAU...AGAMA ISLAM X PERNAH GANGGU AGAMA LAIN...TETAPI MENGAPA AGAMA LAIN X MENYUKAI AGAMA ISLAM..TLNG SEBARKAN DAN PELIHARA AGAMA KITA YANG INDAH

kisah permulaan kehidupan

kisah bermula apabila ku dilahirkan tanpa kerelaan ku sendiri...
hidup ku umpama sampah apabila kedua ibu bapa ku membuangku tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa kasih atau sayang kepada diriku ni...
aku dilahirkan dalam keadaan hina...
bukan dihospital ataupun bidan...
diriku dilahirkan didalam tandas yang penuh kejijikan..
kelahiran aku telah disambut oleh kedua ibu bapa ku...
akhirnya aku mampu melihat keindahan dunia dan berharap diriku dapat hidup bahagia disamping ibu bapa ku yang amat ku sayangi ....
namun apa yang aku harapkan tidak kesampaian...
setelah kudilahirkan dan dibersihkan tanpa dibuang tAli pusat..
aku terdengar perbincangan antara ibu bapa ku tentang sesuatu..
pada mula aku kurang mengerti erti ibu bapa ku...
namun apabila aku mula memahami tentang rencana yang dicadang oleh ibu bapa ku...
aku pun menangis ..
apabila ibu ku mendengar tangisan ku..
naluri ibu ku x ingin melepaskan ku pergi..
namun ibuku terpaksa melepaskan ku kerana ayahku mengugut untuk meninggalkannya...
dgn tangisan ibuku menurut segala yang dirancang oleh ayahku...
ayahku dengan rela bercampur sifat syaitan bertopengkan manusia..
dengan mudah mengangkatku dan mencampak kedalam sungai...
dalam hatiku aku cuma mampu berdoa agar ayahku terjun kedalam sungai dan menyelamatkanku..
namun..
harapan ku berkecai...
dengan perasaan gembiranya dia melompat tanpa rasa ihsan..
selain tu..
aku dimaki dengan kata2 kesat..
dalam derasan air sungai..
aku hanya terfikir..
apa sebab aku dilahirkan..
apa dosa aku dilahirka didunia ini..
apa guna ibuku menanggung azab 9 bln 10 hari mengandungkan dan memelihara aku..
aku ingin hidup girang seperti kanak2 yang lain bahagia seperti aku...
namus apakan daya,,
aku terus hanyut didalam sungai dan aku hanya mampu berdoa kepada ILAHI semoga ibu bapa ku didalam keadaan yang sihat sejahtera